Artikel

Aliran Pertumbuhan Pinjaman Dijangka Meningkat – Laporan

Mengambilkira data Bank Negara Malaysia (BNM) pada Februari tahun ini berbanding Februari tahun 2020 di mana, nisbah jumlah peruntukan kepada jumlah pinjaman telah meningkat 1.7% berbanding 1.3%.

Angka pertumbuhan pinjaman bank kini disasarkan meningkat berikutan unjuran pemulihan ekonomi negara pada suku kedua dan agihan bekalan suntikan vaksin yang sedang dilakukan ketika ini.

Berdasarkan pemerhatian, dua segmen pinjaman pengguna meliputi perumahan dan kenderaan – mampu memperkasakan pertumbuhan pinjaman serta pemulihan ekonomi negara.

Firma penyelidikan TA Securities melihat momentum positif pertumbuhan pinjaman ini akan turut disokong dalam perniagaan untuk tempoh 6 bulan hingga 12 bulan akan datang.

Tidak hanya itu, penggunaan pinjaman peribadi juga telah ditambah baik dan cenderung memaparkan peningkatan berikutan situasi semasa COVID-19 yang menuntut perbelanjaan tunai.

Sehingga kini, bantuan kewangan terus disokong oleh instusi kewangan negara – seperti penangguhan moratorium dan tambahan pembiayaan kepada warga PKS.