Artikel

Sidang Parlimen Hanya Akan Dilaksanakan Setelah Tamatnya Darurat

Susulan terdapat gesaan beberapa pihak berhubung persidangan Parlimen – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin memberi jaminan bahawa tindakan sidang hanya akan dilakukan setelah tamatnya tempoh darurat.

Jelas kenyataan rasmi itu pada hari ini (26 April), keutamaan pentadbiran ketika ini adalah  memastikan penularan pandemik COVID-19 negara di bawah kawalan sepenuhnya. Ini merangkumi penjagaan aspek ekonomi, kesihatan semua pihak – termasuklah semua pihak yang terlibat secara langsung sekirannya sidang Parlimen dilaksanakan.

Kerajaan ketika ini memberi jaminan bahawa sidang Parlimen itu akan segea dipanggil setelah penetapan masa yang sesuai ataupun selepas tamatnya Darurat pada 1 Ogos 2021 kelak.

Tindakan lanjut ini bergantung kepada arahan semasa dan penilaian risiko pihak berkuasa.