Artikel

Peningkatan Berterusan Kes COVID-19, Cenderung Membantutkan Sektor Peruncitan Negara

Aliran peningkatan kes harian COVID-19 Malaysia kini dilihat tidak sekadar mengugat penetapan sekatan namun turut menjejaskan sektor ekonomi negara. Tetapi terdapat beberapa sentimen positif diperhatikan untuk sektor tertentu.

Melalui pemerhatian Hong Leong Investment Bank (HLIB) minggu ini – peningkatan kes berpotensi memberi kesan kepada sektor peruncitan seperti bahagian barangan pengguna, hartanah dan pusat membeli-belah.

Tidak hanya itu, jangkaan kebenaran rentas negeri dalam masa terdekat juga dilihat tidak akan berlaku susulan peningkatan kes.

Berbeza pula dengan sektor ekonomi kurier ia diperhatikan akan mengalami peningkatan permintaan dalam kalangan pengguna. Ini berikutan peningkatan pembelian atas talian dan perkhidmatan makanan. Langkah itu dilihat dapat memperkasakan lagi ekonomi tanpa sentuhan negara.

Bagaimanapun HLIB masih optimis berhubung pemulihan ekonomi mulai suku kedua negara. Ini akan diperhatikan pada peratusan agihan bekalan vaksin mengikut fasa.

Setakat ini (25 April) nilai kebolejangkitan (Rt) negara lebih tinggi berbanding unjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Di mana, mengikut negeri – Kelantan masih terus kekal dengan nilai Rt tertinggi 1.36, diikuti Kuala Lumpur 1.21, sementara Selangor dan Negeri Sembilan pula mencatatkan paras 1.13.

Orang awam dinasihatkan untuk terus mengamalkan pematuhan garis panduan seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal serta menjaga kebersihan tangan.