Artikel

Penyertaan Proton Pada Segmen EV – Pelbagai Faktor Perlu Dipertimbangkan

Industri automotif kini mulai memperluaskan segmen penawaran kenderaan elektrik (EV) pada pasaran global. Namun ternyata momentum itu memperlihatkan Malaysia sedikit perlahan berbanding negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.

Menyedari penglibatan itu, penelitian pengeluaran EV ini tidak terkecuali pada pengamatan pengendali tempatan, iaitu Proton Holdings Bhd.

Berdasarkan sentimen pengeluaran EV ini, pelbagai faktor perlu dipertimbangkan pihak Proton seperti kos kenderaan, kemampuan, bahagian jualan, peraturan dasar serta pengalaman pengguna.  Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah – sentimen pasaran perlu diteliti, sebarang penjualan perlu di ambilkira kebolehpasarannya pada pengguna.

Ini termasuklah penawaran harga kenderaan EV yang lebih rendah, apakah ia menepati dengan pasaran semasa.

Untuk makluman Maybank IB menjangkakan penembusan pasaran EV meningkat lima kali ganda hingga 20% menjelang 2025.

Setakat ini, sentimen pengguna tetap stabil berikutan sokongan pengecualian cukai penjualan di bawah Penjana. Keadaan semasa masih perlu dinilai setelah Jun apabila pelanjutan insentif cukai tersebut berakhir.