Artikel

KKM Kini Lanjutkan Tempoh Kuarantin Ke Atas Pengembara – Dari 10 Hari Kepada 14 Hari

Berikutan penularan virus mutasi Sars-CoV-2 jenis VOC dalam komuniti dari negara tertentu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mengenakan kawalan yang lebih ketat ke atas pengembara yang baru tiba dari negara terlibat.

Ini merangkumi tempoh tambahan kuarantin dari 10 hari kepada 14 hari.

Menerusi tindakan ini, ia bertujuan mengurangkan risiko kemasukan virus SARS-CoV-2 ke dalam negara, Malaysia. Kenyataan ini telah dimaklumkan oleh KKM berhubung situasi semasa pandemik COVID-19 negara.

KKM menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan.

Iaitu elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat.