Artikel

Lebih 3.28 Juta Rakyat Malaysia Tidak Bekerja – Kerana Memiliki Tanggungjawab Keluarga

Angka luar tenaga buruh Malaysia tahun lalu, 2020 jelas menunjukkan peningkatan dari 7.1 juta penduduk pada 2019 kepada 7.2 juta pada 2020.

Luar Tenaga Buruh – adalah individu yang tidak dikelaskan sebagai bekerja atau menganggur. Ia terdiri daripada para pelajar, suri rumah,pesara, tidak memiliki keupayaan dan tidak berminat mencari pekerjaan.

Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) individu yang memiliki tanggungjawab keluarga atau tugasan rumah antara faktor yang telah mendominasi sebab penduduk tidak mencari pekerjaan – dengan 45.6% iaitu lebih 3.28 juta individu.

Manakala, faktor kedua tertinggi adalah disebabkan individu melanjutkan pelajaran dengan (40.7%), pesara (7.3%) dan tidak memiliki keupayaan pula (3.7%).

Manakala berdasarkan angka keseluruhan luar tenaga buruh – jantina wanita jelas menunjukkan peningkatan kepada 4.93 juta, manakala lelaki 2.29 juta. Menerusi pengamatan ini, angka tersebut dijangka terus meningkat. Ini kerana kes harian COVID-19 tahun ini terus memaparkan peningkatan melebihi 2,000 kes positif.