Selain kerajaan persekutuan, kini Selangor pula turut memberi Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri untuk penjawat awam negeri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.
Dana khas itu akan disalurkan pada 19 Mei kelak dan jumlah kesleuruhan pengagihan sekitar RM22.675 juta.
Menurut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari – dana itu turut akan diperuntukkan kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, speaker dan timbalan speaker, ahli Dewan Undangan Negeri, pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh kerajaan persekutuan.
Malah, dana ini akan dilanjutkan kepada pemimpin masyarakat (MPKK), pegawai perhubungan kampung baru/ bagan/ tersusun, ketua komuniti India dan Penyelia Wanita Berdaya (PWB) sebanyak RM1,000 dan Penggerak Belia Selangor sebanyak RM500 yang akan dibiayai oleh kerajaan negeri.