Artikel

Majlis Sosial, Pembukaan Sekolah – Antara Faktor Peningkatan Kes Di Kelantan

Meskipun peratusan jangkitan dalam kalangan pelajar berada di paras 8.5% namun pengesanan 7 kluster pendidikan di negeri Kelantan nyata menjadikan ia antara faktor peningkatan penularan kes positif COVID-19.

Dapatan ini diperakui pada sidang maya COVID-19 di Kelate: Gapo Hok Kena Tahu Universiti Sains Malaysia (USM) semalam.

Di mana pembukaan sekolah secara langsung telah meningkatkan angka penularan negeri itu. Untuk makluman sebelum ini ia berjaya dikawal namun pembukaan sekolah merencatkan rekod tersebut.

Selain pembukaan sekolah, majlis sosial antara faktor awal menyumbang kepada peningkatan kes positif COVID-19. Ini kerana ketidakpatuhan SOP sesetengah pihak mampu memberi kesan yang buruk kepada keseluruhan individu.

Antara gejala yang diterima pada pengesanan awal kes adalah kehilangan deria bau, deria rasa, sesak nafas, radang paru-paru dan mengalami kesakitan mata.

Walaupun kadar jangkitan dalam kalangan pelajar disifatkan sederhana – tetapi secara menyeluruh Kelantan kini mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) tertinggi – iaitu 1.53 mengatasi wilayah persekutuan Kuala Lumpur 1.29.

Tahap pendaftaran suntikan vaksin di Kelantan ketika ini dilihat amat rendah, antara faktor yang mendorong adalah kekurangan pengetahuan teknologi – saranan pihak kesihatan adalah golongan belia membantu situasi ini dengan mendaftarkan diri bagi pihak ahli keluarga mereka.

Setakat ini, tindakan penutupan persekolahan dan pembukaan unit kuarantin di Kelantan sedang giat dilakukan pada kawasan PKPD – ia akan bertindak mengawal penularan kadar kes positif COVID-19.