Data setakat 9 April lalu, telah memperlihatkan seramai 73,210 majikan memperolehi manfaat di bawah Program Subsidi Upah 2.0 dengan dana berjumlah RM1.148 bilion.
Penyaluran dana itu telah disalurkan pada Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin – di mana menerusi manfaat dana ini – operasi permis perniagaan dapat diteruskan dan membantu mengekalkan penggajian ke atas 631,801 pekerja.
Usaha ini suatu langkah efektif dalam mengawal kadar pengangguran negara. Keseimbangan ini penting untuk ekonomi dan kesihatan negara.
Tengku Zafrul pada kenyataan semalam (22 April) menyatakan tidak hanya Malaysia – lebih 150 negara di peringkat global ketika ini sedang alami penguncupan dan krisis ekonomi.
Pemantauan rapi akan terus dilaksanakan untuk memastikan segala inisiatif kerajaan dapat membantu pengawalan kadar pengangguran negara.