Artikel

“Bayes Business School” Adalah Nama Baharu Untuk The Business School of City, University of London

The Business School of City, University of London, kini telah mengumumkan mereka akan mengubah nama mereka kepada Bayes Business School, berkuat-kuasa September 2021 kelak – selari dengan pembukaan semester baharu.

Nama baharu ini dipilih berasaskan kepada Thomas Bayes yang terkenal dengan matematik pada era abad ke-18 lepas.

Perubahan nama ini dilakukan selepas pusat pengajian berkenaan membuang nama Cass padanya – disebabkan oleh Sir John Cass yang merupakan seorang pedagang yang meraih keuntungan daripada perdagangan hamba.

Dengan perubahan nama ini juga, Bayes Business School mengatakan mereka akan memfokuskan lebih kepada kesamarataan di universiti tersebut.