Artikel

Lebih 2 Juta Penjawat Awam Dan Pesara – Akan Terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Sebanyak RM500, RM250

Sempena ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi, kerajaan telah bersetuju memperuntukan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM500.

Penyaluran dana ini termasuklah kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MYSTEP.

Sementara itu bagi pesara kerajaan pula akan menerima wang khas sebanyak RM250.

Pengagihan ini sebagai tanda perhargaan kepada semua kakitangan awam berikutan perkhidmatan mereka kepada rakyat negara. Selain itu, dana ini untuk persiapan menjelang perayaan Aidilfitri kelak.

Pembayaran bantuan khas ini akan disalurkan pada 6 Mei 2021 kelak – difahamkan lebih 2 juta Penjawat Awam dan pesara akan menerima manfaat ini.