Artikel

Sejumlah RM87.2 Juta Kini Diperuntukkan Bagi Pembangunan Lestari Industri Mineral Negara

Bagi menjamin kelestarian pada industri mineral negara – kerajaan kini memperuntukkan sejumlah RM87.2 juta untuk pembangunan tersebut pada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Seperti yang kita ketahui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sebelum ini menakrifkan nilai semasa industri mineral negara kini dianggarkan sekitar RM4.11 trilion.

Anggaran nilai industri mineral RM4.11 trilion itu merangkumi logam (RM1.03 trilion), bukan logam (RM2.96) dan tenaga mineral (RM120 bilion).

Menurut Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada acara Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 hari ini (22 April) – peruntukan terbabit akan diletakkan di bawah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). Di mana ia akan disalurkan pada pembangunan sistem pemantauan perlombongan dan penggalian serta proses pensijilan berhubung pembangunan lestari dalam pengkomersialn produk mineral.

Selain itu, penekanan pada prinsip kerja-kerja pemprosesan dan pengeluaran berasaskan mineral perlu dikendalikan dengan cekap dan bertanggungjawab. Ini kerana meskipun sumber mineral dapat memberi pulangan pendapatan negara tetapi ia mampu mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar. Oleh itu, pengendalian yang baik perlu dilaksanakan.