Ketika ini, jumlah keseluruhan agihan CoronaVac – vaksin yang dibangunkan China, di bawah Sinovac Life Science ini telah melepasi paras 260 juta dos dan 60% daripadanya telah diagihkan ke luar China.
Kenyataan itu telah dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif Yin Weidong – bahawa syarikat telah menghasilkan lebih 6 juta dos setiap hari dan 160 juta suntikan telah diagihkan di seluruh dunia. Setakat ini, lebih 30 buah negara telah meluluskan suntikan kecemasan vaksin Sinovac ini.
Sementara itu, Malaysia sehingga kini telah menerima vaksin tersebut pada akhir Februari 2021 dan memperoses 300,000 dos CoronaVac Sinovac di bawah kemudahan Pharmaniaga. Manakala sehingga September 2021, dijangkakan negara akan menerima 14 juta dos CoronaVac Sinovac ini.
Bagi perluasan teknologi vaksin pula – pembangun Sinovac kini dalam perancangan untuk memilih 10 buah negara dalam melakukan kerjasama penyelidikan. Usaha ini dapat meningkatkan pengeluaran dan produktiviti vaksin COVID-19.