Ternyata Intel Corp kini sedang membangunkan loji tenaga solar di Malaysia. Malah pembangunan itu dilaporkan pembinaan loji tenaga solar terbesar di luar Amerika Syarikat (AS).
Intel Corp – syarikat pembuatan semikonduktor AS ketika ini sedang membangunkan penyaluran tenaga solar ke enam bangunan di kampus Kulim dan Pulau Pinang. Permulaan projek itu diperkatakan telah bermula sejak tahun lalu, 2020 lagi namun ia mulai beroperasi pada Januari tahun ini – setelah sokongan pemasangan solar 3.2MW selesai.
Untuk makluman pembangunan loji ini meliputi ruang keluasan 50,208 kaki persegi dengan tenaga elektrik kria-kira 6,000MWh setiap tahun.
Menerusi penyaluran tenaga solar ini ia berupaya mencapai kapasiti 4.1MW yang disediakan oleh NEFIN – pemaju tenaga boleh diperbaharui.
Langkah ini juga turut membantu negara mengurangkan pelepasan karbon dioksida pada kitaran 3,800 tan.