Terkini, Technology Park Malaysia (TPM) dan Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) akan digabungkan menjadi sekutu pengkomersialan teknologi.
Kenyataan ini dimaklumkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bahawa gabungan tersebut bertujuan mengatasi masalah paras pengkomersialan yang rendah, perbelanjaan domestik pada penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta mengatasi isu pertindihan peranan dalam agensi.
Langkah gabungan baharu ini ternyata akan diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif TPM Dzuleira Abu Bakar.
Untuk makluman, tujuan peningkatan pengkomersialan teknologi ini adalah antara agenda yang dirancang untuk mendorong pembangunan ekosistem R&D, meningkatkan kapasiti sasaran serta perkembangan teknologi.
Secara langsung, usaha ini dapat membantu memperkasakan penglibatan Malaysia selaku negara berteknologi tinggi di peringkat serantau.