Berdasarkan penetapan harga runcit minyak petrol negara esok, ia memaparkan kenaikan dan paras kekal.
Melalui penggunaan formula Automatic Pricing Mechanism, ini adalah rangkuman harga runcit petroleum bagi tempoh 22 April 2021 hingga 28 April 2021.
RON97 naik 4 sen dengan catatan RM2.58 sen seliter, manakala RON95 pula kekal di paras harga yang sama iaitu RM2.05 sen seliter – ini disebabkan penetapan harga siling.
Diesel juga kekal pada paras harga RM2.15 sen seliter.
Kerajaan kini akan terus memantau sebarang kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi menjamin kesejahteraan rakyat negara.