Artikel

Pakar Ekonomi: AP Pengaruhi Harga Ayam

Menjelang ketibaan perayaan Aidilfitri, pastinya isu berkaitan kenaikan harga barangan akan berlaku – termasuklah isu kenaikan harga ayam ketika ini.

Persepsi berbeza dapat diperlihatkan Dr Nungsari Ahmad Radhi pada isu ini di ciapan rasmi Twitternya.

Menurutnya isu seperti struktur industri sendiri perlu diperhatikan, ia berupaya mempengaruhi kenaikan harga tersebut. Untuk makluman makanan ayam antara item pengimportan bahan yang memerlukan Approved Permit (AP) seperti gandum dan jagung.

Tambahnya pelbagai kementerian memproses permohonan dan mengeluarkan pelbagai AP dan agensi seperti Kastam dan KPDNKK menguatkuasa undang-undang mengenainya.

Menerusi keperluan AP ini terdapat beberapa kesan pengawalan import yang diperhatikan beliau:

  • Wujudnya karenah birokrasi yang melibatkan banyak pihak – menyebabkan ketidakcekapan dalam pasaran dalam pelbagai bentuk.
  • Oleh kerana pengimportan memerlukan AP, pemegang AP boleh menikmati ‘sewa ekonomi’ (economic rents) yang boleh membentuk ‘deadweight loss’ kepada ekonomi.
  • Pemegang AP mendapat pulangan/pendapatan tanpa menambahkan pengeluaran.
  • Pemegang AP sesuatu bahan hiliran memperolehi kuasa pasaran dalam industri yg menggunakan bahan tersebut.
  • Pemegang AP gandum dalam industri makanan ayam, seterusnya dalam industri ternakan ayam.

Jelas, selain daripada faktor harga bahan mentah yang diimport, harga ayam juga turut dipengaruhi oleh faktor yang mempengaruhi struktur industri seperti kewujudan AP ini.

Tegas beliau, empat kementerian seperti Pertanian, Agromakanan, MITI, KPDNKK dan MOF perlu melaksanakan tindakan lanjut. Sementara MyCC yang bertindak selaku pengawalselia persaingan pula dapat memerhatikan dinamik berhubung persaingan pasaran.