Artikel

Suntikan Vaksin Petugas Barisan Hadapan, Disasarkan Selesai Akhir April Ini – Khairy Jamaluddin

Setakat ini sekitar 95% daripada jumlah 571,000 petugas barisan hadapan telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19. Kenyataan itu dikongsikan oleh Menteri Penyelaran Khairy Jamaluddin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Walaupun pengagihan suntikan bagi fasa pertama masih lagi berterusan, pihaknya kekal optimis menyasarkan proses tersebut akan selesai pada akhir April ini.

Di samping itu, kadar kehadiran penerima suntikan COVID-19 dilihat berada di paras yang baik. Ini menunjukkan kadar kepercayaan masyarakat terhadap suntikan vaksin berada di tahap baik.

Sementara itu, suntikan kelompok fasa kedua di Selangor pula terpaksa di tunda seketika, sehingga 26 April – berikutan menyelesaikan suntikan dalam kalangan petugas barisan hadapan.