Antara tumpuan negara ketika ini adalah berhubung penetapan dasar pelaburan baharu negara – perancangan Malaysia untuk menarik lebih ramai pelabur berpotensi pada segmen ekonomi.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Sri Azmin Ali – dasar pelaburan baharu itu akan mula dibentangkan Rabu ini (21 April) kepada Kabinet.
Kerangka baharu itu diperkatakan akan melihat usaha Malaysia untuk mencapai matlamat berpendapatan tinggi dan akan memberi penumpuan pada pendigitalan serta inovasi teknologi. Pelaksanaan dasar ini dilaporkan akan dilaksanakan seta-merta.
Mengulas lanjut – menerusi pencapaian dasar pelaburan ini, ia memerlukan tersediaan negara dalam memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor atau industri tertentu.
Bagaimanapun, perincian lanjut hanya akan diketahui setelah pembentangan dasar pelaburan dilakukan.