Artikel

PayPal Ingin Memperkenalkan Dompet Digital Di China – Memfokuskan Penghantaran Wang Antara Negara

PayPal merupakan salah satu syarikat yang tidak asing lagi dalam arena kewangan. Ia sedia digunakan secara meluas dalam menerima pembayaran, atau menerima wang untuk pelbagai tujuan. Syarikat yang dulunya beroperasi dibawah eBay, kini beroperasi kendiri dan mempunyai perancangan tersendiri dalam arena kewangan.

Terbaru, PayPal merancang untuk memperkenalkan sebuah dompet digital tempatan di China, yang akan memfokuskan kepada penghantaran wang antara negara.

PayPal juga menyasarkan dengan fokus ini, ia akan membolehkan pengguna global dan di China melakukan pembayaran dan jual-beli dengan mudah, sekaligus menguntungkan kedua-dua pihak.

Di China, pada hari ini terdapat beberapa dompet digital popular seperti WeChat Pay dan juga Alipay. Langkah memfokuskan kepada penghantaran wang antara negara, akan membolehkan PayPal sedikit berbeza, dan tidak bersaing dengan gergasi-gergasi kewangan di China.