Artikel

Lapangan Terbang Subang Terima Suntikan MAHB Bernilai RM1.3 Bilion – Bagi Pembangunan Semula

Lapangan Terbang Subang, Sultan Abdul Aziz Shah kini akan dibangunkan semula dan membentuk selaku hab perniagaan penerbangan dan aeroangkasa Asia Pasifik – dalam jangka 5 tahun kelak.

Perancangan ini akan memperlihatkan penerapan teknologi pada infrastrukstur perkhidmatannya, di mana ia akan tampil selaku terminal yang menggunakan teknologi semasa, dan memiliki kecekapan operasi pada tahap maksimum. . Untuk makluman pembangunan ini meliputi suntikan pelaburan RM1.3 bilion Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB).

Berdasarkan laporan, pelaksanaan di bawah KLIA Aeropolis Sdn Bhd ini akan dilakukan mulai awal tahun hadapan dan disasarkan tersedia sepenuhnya menjelang tahun 2027. Menerusi pembangunan ini, terdapat penambahan ruang pada lapangan terbang tersebut dan ia akan dibahagikan kepada pembangunan kemudahan (RM1 bilion) manakala bahagian infrastruktur (RM300 juta).

Ia merangkumi penempatan parkir, bahagian makanan serta infrastruktur asas. Bukan itu sahaja, sekitar 10,000 peluang pekerjaan dijangka dapat diwujudkan menerusi pembangunan ini.

Langkah ini secara langsung akan menjadikan Malaysia hab rantaian perkhidmatan perniagaan penerbangan dan aeroangkasa.