Artikel

Kepakaran Pemain Industri Dron Perlu Dipertingkatkan – MTDC

Pengenalan teknologi dron kini bukan lagi suatu yang asing buat segmen ekonomi negara – melihat peningkatan keperluan itu, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) kini merancang membentuk lebih ramai pakar pada industri dron.

Rencana itu diperlihatkan usahasama strategik antara SG Academy dan MTDC dari segi penawaran kemahiran, kapasiti dan peluang pembangunan dron.

Seperti yang umum ketahui, dron era ini tidak lagi hanya mengfokuskan kepada foto dan rakaman video sahaja bahkan mulai diterapkan pada pembangunan penghantaran, pertanian serta bahagian penyelenggaraan.

Menurut Datuk Norhalim Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif MTDC – kepakaran itu kini diperuntukkan pada setiap sektor perkhidmatan dan utama. Negara seharusnya mengambil peluang ini.

Langkah ini sesuatu yang baik untuk perluasan pembangunan pekerjaan negara dalam teknologi.