Artikel

Perjalanan Rentas Negeri Bagi Tujuan Sosial Tidak Dibenarkan, Sehingga Selepas Perayaan Aidilfitri – PDRM

Berikutan peningkatan kes harian COVID-19 ketika ini dilihat semakin meruncing – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengambil tindakan tegas untuk tidak membenarkan mana-mana perjalanan rentas negeri untuk tujuan sosial dibenarkan sehingga selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Kenyataan media itu disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara – Dato’ Sri Acryl Sani, di mana perjalanan rentas negeri hanya dibenarkan untuk tujuan pekerjaan, kecemasan, kematian, perubatan, pendidikan dan pasangan jarak jauh sahaja. Malah pergerakan itu hanya dibenarkan berlaku pada hari Isnin sehingga khamis sahaja – di mana perjalanan ketika hujung minggu tidak akan diluluskan, melainkan ia bertujuan kecemasan sahaja.

Berdasarkan kenyataan awal – tujuan sosial tersebut meliputi acara sosial, acara perkahwinan adalah dilarang sama sekali untuk melakukan pergerakan rentas negeri. PDRM turut menegaskan aturan ini akan berterusan sehingga setelah perayaan Aidilfitri kelak.

Kerjasama semua pihak harus dipatuhi bagi memastikan penularan serta pengekangan pandemik dapat diatasi bersama. Mana-mana pihak yang didapati mengingkari aturan tersebut, akan dikenakan tindakan susulan.