Sidang mingguan Program Imunisasi COIVD-19 Kebangsaan (PICK) hari ini (19 April) ternyata memaparkan peningkatan penularan kes pandemik sekitar 45% dicatatkan minggu ini.
Ini merangkumi penilaian purata minggu ke 15 adalah sebanyak 1,963 kes sehari.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan negara Dr Adham Baba bahawa pada minggu ke 15 sebanyak 13,742 kes telah dilaporkan.
Berdasarkan dapatan mereka, peningkatan jangkitan ini mulai berlaku pada minggu ke 12 iaitu sejak 3 minggu lalu. Momentum ini dilihat bukan suatu yang baik untuk dinamik pandemik negara.
Setakat 17 April sebanyak 372,859 kumulatif kes COVID-19 telah dicatatkan dan setakat 18 april kadar kebolehjangkitan negara sedikit menurun kepada 1.16.
Pada laporan kebolehjangkitan, semalam Kelantan mencatatkan nilai tertinggi dengan 1.43, diikuti Perlis 1.30 dan Kuala Lumpur 1.24.
Kadar kebolehjangkitan #COVID19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 18 April 2021 untuk seluruh negara turun sedikit kepada 1.16.
Mengikut negeri pula, Kelantan tertinggi 1.43, Perlis 1.30 dan Kuala Lumpur 1.24.#StaySafe pic.twitter.com/2jIL7jarpf
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) April 19, 2021