Ketika dunia sedang giat berbicara tentang penerapan wang digital – China kini diperkatakan dalam usaha untuk menguji penggunaan mata wang digital mereka yang dikenali sebagai digital China Yuan (e-CNY) pada acara Temasya Olimpik Musim Sejuk 2022 kelak.
Berdasarkan laporan CNBC, Li Bao – Timbalan Gabenor People’s Bank Of China (PBOC) menyatakan tujuan penerapan penggunaan wang digital itu adalah menggantikan transaksi wang tunai dan syiling, ia meningkatkan pembayaran nirtunai (tanpa tunai) di China. Ia bukan kriptowang dan tidak seperti bitcoin. Bagi ketibaan arena Olimpik Musim Sejuk 2022 tidak lama lagi, China berusaha untuk menyediakan penggunaan e-CNY kepada para patlet dan pengunjung temasya.
Malah PBOC turut menyatakan ia berpotensi untuk menggantikan penguasaan dolar Amerika Syarikat (AS) di pentas antarabangsa. Di mana ia disasarkan boleh mencabar dolar AS sebagai mata wang rizab dunia.
Setakat ini, penggunaan wang digital Yuan telah diterapkan beberapa kawasan penduduk bandar di China seperti Shenzhen dan Beijing. Pada masa yang sama, perancangan itu masih di peringkat pembangunan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.