Artikel

Microsoft Bersama Malaysia, Sasar Ekosistem Berteraskan Teknologi – Rancang Tubuh Pusat Data Serantau

Setelah 28 tahun, Microsoft bertapak di Malaysia kini pihaknya bersama kerajaan tampil mendedahkan rancangan jangka panjang bagi memperkasakan ekonomi digital negara – iaitu pengenalan pusat data serantau pertama di negara.

Penubuhan pusat serantau ini akan menyaksikan penyediaan perkhidmatan data bertarafkan peringkat global.

Acara Microsoft-Bersama Malaysia ini turut memperlihatkan perasmian dari Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Berdasarkan pelancaran itu dijangka 19,000 peluang pekerjaan akan dibangunkan, meliputi 4,000 peluang pekerjaan teknologi maklumat.

Tidak hanya itu, penubuhan pusat ini turut disasarkan perolehan pulangan sekitar RM19 bilion pendapatan baharu. Langkah ini secara langsung seiring dengan matlamat Microsoft untuk memperkasakan ekosistem pendigitalan Malaysia.