Artikel

GrabExpress, Platform Selangor 2.0 – Laksana Sokongan Penghantaran Antara Peniaga

Seperti yang umum ketahui, sejak 12 April lalu Grab bersama Platform Selangor 2.0 kini telah berkerjasama menyokong ekonomi digital menerusi segmen penghantaran GrabExpress kepada para peniaga kecil.

Inisiatif ini akan membolehkan lebih banyak perniagaan tradisional berkembang dalam ekonomi digital dan memastikan produk mereka mudah diakses oleh orang ramai melalui atas talian.

Menurut GrabExpress Malaysia Zafira Azahar, pelaksanaan ini akan meningkatkan lagi penglibatan dan pemahaman perniagaaan pada ekonomi digital. Tidak hanya itu, Grab turut menyatakan hasrat mereka untuk memperluaskan kerjasama itu bersama pihak yang lain dalam memanfaatkan kemudahan yang sedia ada kepada ekonomi negara.

Menteri Selangor, Amiruddin Shari turut menyatakan inisiatif tersebut dapat meningkatkan agenda pendigitalan Selangor ke arah lebih baik dikala krisis kewangan masih lagi meruncing.