Artikel

Sime Darby Plantation Teroka Kemajuan Robotik – Bagi Proses Penuaian Sawit

Penerapan teknologi ketika era pandemik COVID-19 ini nyata membuka ruang kepada semua industri untuk meneroka peluang yang baharu, di samping mengurangkan kebergantungan kepada guna tenaga.

Kini, Sime Darby Plantation mulai memanfaatkan penggunaan robotik dengan memajukan penggunaan jentera bagi proses penuaian buah tandan segar sawit (FFB).

Berdasarkan penerokaan ini ia akan berkerjasama dengan pakar dari beberapa buah negara. Ini merangkumi perkiraan kos pembangunan dan dijangka tersedia dalam tempoh 5 tahun.

Kenyataan ini telah dikongsikan Ketua Pegawai Penyelidikan dan Pembangunan Dr K Harikrishna – di mana menjelang 2026, pihaknya berupaya mengurangkan kebergantungan pada tenaga buruh dalam kerja membabitkan proses tuaian.

Di samping itu, pelaksanaan kemajuan pembangunan robotik ini juga adalah untuk memenuhi kekangan yang di hadapi syarikat perladangan dalam meningkatkan produktiviti mereka ketika era pandemik.