Seperti yang umum ketahui, bermula hari ini – sekitar 2.7 juta individu telah berdaftar untuk pengambilan suntikan vaksin COVID-19 bagi fasa ke dua di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Ini merangkumi kelompok berisiko iaitu golongan warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kelompok terpilih. Pada angka jumlah tersebut mengikut pecahan, 1.2 juta warga emas dan selebihnya adalah kelompok terlibat.
Untuk makluman, pemberitahuan bagi individu yang terlibat akan dilakukan seawal 2 minggu sebelum tarikh 19 April iaitu pada 5 April sebelum ini. Pemberitahuan temujanji itu akan dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera, khidmat pesanan ringkas dan panggilan telefon.
Setakat ini, sekitar 30 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah dibuka diseluruh negara untuk pengambilan vaksin fasa kedua.