Artikel

MOTAC Persiap Kerangka SOP Ibadah Haji, Umrah – Mengikut Ketetapan Semasa Malaysia-Arab Saudi

Penelitian prosedur operasi standard (SOP) berhubung operasi syarikat pengendali jemaah haji dan umrah kini akan dilakukan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Tindakan ini dilaksanakan berikutan penyertaan MOTAC pada delegasi Malaysia ke Arab Saudi bersama lawatan kerja Hal Ehwal Agama yang berakhir semalam (18 April).

Langkah itu akan diperincikan mengikut garis panduan semasa bagi kedua-dua negara, setelah memperolehi kebenaran pembukaan sempadan kelak.

Menurut Ketua Setiausaha MOTAC, Dr Noor Zari menerusi penyertaan pada delegasi tersebut – pelbagai pencerahan berikutan protokol dan ketetapan ketika beribadah terkini telah dikongsikan. Persediaan SOP tersebut akan merangkumi 3 pelaksanaan iaitu sebelum berangkat, ketika mengerjakan ibadah dan perjalanan jemaah pulang ke Malaysia.

Segala perubahan SOP akan dimaklumkan berdasarkan arahan semasa ketetapan kedua-dua buah negara.