Artikel

MAHB Kekal Positif Pada Pemulihan Penerbangan, Bakal Terima 20 Destinasi Antarabangsa

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kini dijangka meningkatkan perjalanan udara bersama Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISG), Turki.

Berdasarkan kenyataan MAHB – pihaknya akan menerima 20 destinasi antarabangsa baharu dan 80 penerbangan domestik tambahan. Ini merangkumi destinasi baharu itu termasuk Hamburg, Zurich, Sarajevo dan Copenhagen.

Kekerapan laluan penerbangan itu diperkatakan sehingga 25 kali seminggu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh, meskipun Malaysia dan Turki masih dikenakan sekatan perjalanan, pihaknya optimis kerana permintaan untuk perjalanan udara masih ada berdasarkan tawaran penerbangan baru yang berterusan oleh syarikat penerbangan.

Selain itu, di KLIA – Malaysia Airlines kini mengaktifkan semula destinasi seperti London dan Jakarta.

Untuk makluman KLIA terus unggul dalam penanda aras lapangan terbang global – Airport Service Quality (ASQ) – dan mencapai skor awal 4.99 daripada 5.00, mengatasi skor 4.98 yang dicapai pada tahun 2020. Di samping itu, pihaknya turut meningkatkan standard keselamatan dan kesihatan melalui program Akreditasi Kesihatan Lapangan terbang global, di mana ISG adalah lapangan terbang pertama dalam Kumpulan yang disahkan oleh Majlis-Majlis Antarabangsa (ACI) bulan lalu.