Creative Lab, penyedia perkhidmatan rekaan kediaman kini menyasarkan 60 cawangan perluasan operasinya menerusi pelancaran program francais, menjelang akhir 2021.
Entiti di bawah Niro Ceramic Group kini merancang untuk memberi kemudahan akses kepada semua pengguna dalam proses pengubahsuaian kediaman mereka. Ia meliputi kemudahan dari segi kos dan konsep yang diinginkan.
Kemudahan itu tersedia dengan penerapan teknologi perisian reka bentuk di setiap cawangan mereka.
Menerusi pelancaran program francais ini – Creative Lab ingin merancakkan industri reka bentuk perumahan dengan memulakan inisiatif keusahawanan bersama pemain industri lain.
Sehingga kini, Creative Lab memiliki lebih 40 cawangan di seluruh negara dan turut memiliki cawangan di peringkat serantau – Indonesia, Filipina dan Vietnam. Pihaknya menyasarkan perluasan di peringkat serantau akan dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun lagi.