Artikel

China Kekal Selaku Destinasi Utama Eksport Getah Asli Negara

Berdasarkan momentum ekonomi negara – segmen eksport getah asli negara kini memaparkan peningkatan 13.5% kepada 54,632 tan metrik pada Februari lalu.

Untuk makluman, pengeluaran getah asli telah meningkat 9.0% kepada 4,840 tan metrik berbanding bulan Januari lalu.

Menerusi peningkatan ini – secara jelas permintaan global memaparkan dinamik positif. Menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin – antara negara yang kekal atif pada permintaan tersebut adalah China.

China kekal selakau destinasi utama eskport getah asli Malaysia dengan menyumbang 40.5%, secara keseluruhannya. Selain China, destinasi utama lain adalah Belgium, Jerman, Finland dan Amerika Syarikat.

Antara yang bergiat aktif ketika ini, adalah produk sarung tangan getah – di mana nilai eksport ketika ini mencecah 5.8 bilion, ia meningkat 3.9%. Berdasarkan catatan penggunaan domestik ia meliputi 77.8% pada Februari 2021.