Artikel

Rentas Negeri, Operasi Bazar Ramadan Mungkin Tidak Akan Dibenarkan – Sekiranya Terdapat Penularan COVID-19

Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Adham Baba kini menyatakan – pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengusulkan agar kebenaran rentas negeri tidak dilakukan sempena ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Berdasarkan laporan, cadangan itu merangkumi peningkatan kes harian COVID-19 pada minggu ini. Selain itu, operasi Bazar Ramadan juga akan ditamatkan sekiranya pihak KKM mendapati atau mengesan kluster penularan berpunca dari aktiviti tersebut.

Melihat pada cadangan – ia sesuatu yang telah dijangka susulan peningkatan kes harian mencecah melebihi 1,800 kes positif.

Namun kenyataan itu masih lagi diperingkat cadangan – buat masa ini perjalanan rentas negeri masih tidak dibenarkan dan segala penilaian risiko hanya akan diketahui setelah keputusan bersama dicapai berdasarkan arahan semasa pihak autoriti.