Artikel

Maybank Tangguh Sidang Maya AGM Kali Ke-61- Berikutan Masalah Teknikal

Seharusnya pada hari ini (15 April) acara sidang maya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Maybank kali ke-61 diadakan – namun ia terpaksa dijadualkan semula berikutan masalah teknikal yang dihadapi pihaknya.

Kenyataan maaf itu telah dizahirkan Pengerusi Maybank iaitu Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa kepada semua pemegang saham yang terlibat atas kesulitan tersebut. Berdasarkan laporan, masalah teknikal itu dihadapi oleh penyedia Tricor.

Bagaimanapun, pemberitahuan berhubung tarikh sidang tersebut akan dimaklumkan kepada Burs Malaysia dan laman rasmi mereka www.maybank.com.