Ternyata usaha syarikat Telekom Malaysia (TM) dalam memenuhi ruang kebajikan dan melindungi para pekerja menjadikan ia antara syarikat pilihan untuk berkerja di Asia bagi tahun 2020.
Pengiktirafan tersebut diterima pada Anugerah HR Asia bagi edisi Malaysia. Tidak hanya itu, TM juga turut menerima pengiktirafan di bawah Anugerah WeCare sebagai Syarikat Prihatin HR Asia 2020.
Menurut Norhamijah Mohd Hanafiah, Pemangku Ketua Pegawai Modal Insan – perolehan anugerah itu adalah hasil usaha semua kakitangan dan pelanggan dalam menyeimbangkan operasi mereka ketika pandemik COVID-19.
Pada masa yang sama, TM memaklumkan pihaknya ketika sedang dalam proses penyusunan semula pekerja – ini merangkumi penerapan budaya kerja yang lebih produktif serta membabitkan kemahiran.
Tindakan ini dilihat selari dengan pembangunan negara ke arah digitalisasi. Menerusi pengiktirafan ini, ia mampu menjadi pemangkin kepada syarikat yang lain terhadap kakitangan mereka.