Artikel

Harga Minyak Petrol – RON95 Masih Kekal Paras Siling, RON97 Pula RM2.54 Seliter

Berdasarkan penetapan harga runcit minyak petrol negara esok, ia memaparkan paras kekal.

Melalui penggunaan formula Automatic Pricing Mechanism, ini adalah rangkuman harga runcit petroleum bagi tempoh 15 April 2021 hingga 21 April 2021.

RON97 kekal dengan catatan RM2.54 sen seliter, manakala RON95 pula turut kekal di paras harga yang sama iaitu RM2.05 sen seliter – ini disebabkan penetapan harga siling.

Diesel juga kekal pada paras harga RM2.15 sen seliter.

Kerajaan kini akan terus memantau sebarang kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi menjamin kesejahteraan rakyat negara.