Artikel

Dunia Memerlukan 268 Tahun Untuk Rapatkan Jurang Gender Dalam Ekonomi – WEF

Ternyata global memerlukan tempoh 268 tahun untuk merapatkan jurang gender ekonomi antara lelaki dan wanita.

Penyataan itu diperlolehi berdasarkan pengamatan Forum Ekonomi Sedunia (WEF) terhadap situasi semasa. Untuk makluman, jangkaan ini telah melebihi sasaran tahun lalu. Perubahan sasaran itu disebabkan faktor krisis kesihatan, politik dan ekonomi dunia.

Pelbagai inisiatif perlu disertakan untuk meningkatkan penyertaan wanita pada pembangunan ekonomi. Menurut Pengarah Urusan WEF – Saadia Zahidi, sokongan kewangan dan penawaran peluang harus disediakan bagi menangani krisis yang sedang berlaku.

Adanya peluang sedemikian sudah pasti dapat mempercepatkan langkah dunia ke arah penghapusan jurang gender.

Berdasarkan laporan yang sama juga, Malaysia telah menduduki tangga ke 112 iaitu jatuh 8 anak tangga daripada jumlah 156 buah negara dengan purata 0.676 mata berbanding 0.677 mata, tahun lalu.