Artikel

Negara Kaya Mengepung Pasaran Vaksin COVID-19 – Antara Punca Bekalan Negara Masih Rendah

Terdapat persoalan berhubung proses suntikan vaksin COVID-19 yang dilihat perlahan – menyedari kebimbangan itu, Menteri Penyelaras, Khairy Jamaluddin memberi jaminan perolehan bekalan vaksin akan lebih stabil menjelang bulan Jun ini.

Berdasarkan laporan, antara faktor yang mendorong kadar bekalan vaksin rendah adalah penguasaan pasaran global. Di mana negara maju atau berpendapatan tinggi telah membeli purata bekalan melebihi populasi rakyat negara mereka.

Tindakan itu, nyata memberi kesan kepada negara berpendapatan rendah dan juga Malaysia. Sudah pasti sekiranya terdapat permintaan yang lebih tinggi dari negara maju ia akan diutamakan dahulu oleh syarikat farmaseutikal.

Meskipun berdepan dengan kesulitan itu, Khairy kekal optimis bahawa bekalan vaksin negara akan kembali stabil bermula Jun ini. Pada masa yang sama, negara telah mengimbangi portfolio vaksin dengan menyertakan pelbagai pilihan seperti Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac – usaha ini untuk memasti proses suntikan mengikut fasa kekal teratur.

Malah pihaknya sentiasa memastikan penghantaran bekalan vaksin dapat disegerakan bagi menjamin kesihatan orang awam di Malaysia.