Artikel

Deals Near Me, Ciri Baharu ShopeePay – Dorong Pembelian Pengguna Pada Kedai Fizikal

Bersempena ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi, menerusi kempen Raya Bersama Shopee kini telah menampilkan ciri baharu kepada semua pengguna aktif – iaitu Deals Near Me.

Ciri ini adalah perkhidmatan berasaskan lokasi yang berkonsepkan online-to-offline (O2O) – di mana para pengusaha luar talian seperti kafe, restoran boleh menawarkan potongan diskaun dalam bentuk baucar ShopeePay untuk pelanggan yang berdekatan dengan lokasi mereka.

Dengan hanya perolehi baucar di aplikasi dan menebusnya pada kedai perkhidmatan, para pengguna boleh menikmati pulangan tunai pembayaran menerusi ShopeePay.

Pada masa yang sama terdapat pengenalan baucar khas iaitu Sahur Specials pada jam 5 pagi, Jom Berbuka dengan ShopeePay pada jam 12 tengah hari, dan Moreh Specials pada jam 10 malam.

Para pengguna Shopee boleh membeli baucar-baucar ini dengan harga serendah 5 sen untuk mendapatkan pulangan wang tunai hingga RM8, dari kedai-kedai seperti Nasi Kandar Pelita, Nando’s, TGI Friday’s, Boat Noodle, Johnny’s, OLDTOWN White Coffee, J.Co Donut dan Hokkaido Baked Cheese Tart.

Langkah ini sesuatu yang baik khususnya dalam kalangan peniaga luar talian, ia proses penting untuk menjamin perolehan pendapatan dan peningkatan aliran pembelian platform e-dagang dapat diseimbangkan.

Tidak hanya itu, Jualan Hebat Raya (23 April) dan Pesta Jualan Raya (5 Mei) juga bakal menawarkan pulangan hebat kepada para pengguna seperti menangi dua unit Perodua Ativa, motosikal Yamaha, hingga 25 juta Syiling Shopee dan nikmati potongan diskaun sehingga 80% untuk sebarang pembelian peralatan rumah, perabot, pakaian, hiasan dan pelbagai lagi bagi persiapan Aidilfitri.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Raya Bersama Shopee, layari https://shopee.com.my/m/raya-sale.