Artikel

Setiap Perjalanan Memiliki Risiko, Semua Pihak Perlu Kekal Patuh Pada SOP – WHO

Seperti yang umum ketahui, Pertubuhan  Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan beberapa saranan berhubung peringatan pematuhan SOP ketika rakyat dunia meraikan sesebuah perayaan. Pada nota laporannya –  WHO menjelaskan untuk saat ini setiap perjalanan memiliki risikonya.

Menyedari hakikat itu ketika era pandemik ini – terdapat beberapa langkah perlindungan yang wajar dipatuhi oleh setiap rakyat dunia untuk mengurangkan risiko jangkitan atau penularan COVID-19.

  • Sentiasa memakai pelitup muka
  • Kekalkan jarak meter, sekurang-kurangnya lebih 1 meter
  • Sentiasa sanitasi tangan dan membersihkan diri
  • Individu yang tidak sihat, wajib menangguhkan perjalanan mereka
  • Maklumkan segera sekiranya terdedah pada jangkitan COVID-19
  • Amalkan kuarantin diri selama 14 hari sekiranya terdapat simptom

Langkah perlindungan ini tertakluk di semua kawasan, termasuklah penginapan di hotel. Pada masa yang sama, berikutan isu perjalanan antarabangsa – WHO berpendapat ia akan menambahkan lapisan risiko rakyat dunia. Maka, WHO kini bekerjasama dengan pihak berkuasa global untuk mencari penyelesaian tempatan bagi mengurangkan risiko.

Antaranya adalah Jabatan Kawalan Penyakit Berjangkit, Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Imigresen, pengendali lapangan terbang dan rakan lain untuk melindungi pelancong antarabangsa dan pekerja petugas barisan hadapan mencegah penularan coronavirus ke masyarakat.

Oleh itu, setiap perayaan masih boleh diraikan dengan adanya pematuhan SOP yang ketat dari seluruh negara – saranan ini turut merangkumi sambutan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.