Artikel

Affin Bank x Tealive – Lancar Cawangan Bersama, Tarik Minat Pelajar UiTM Puncak Alam

Kini para pelajar kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam boleh menikmati pembelian air Tealive di cawangan Affin Bank Cafe x Tealive.

Ya benar, kini Affin Bank telah melaksanakan kerjasama dengan Tealive pada cawangan mereka – gabungan ini dilihat merupakan sesuatu gabungan yang unik untuk menarik minat generasi muda khususnya dalam kalangan para pelajar UiTM.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali, gabungan cawangan perbankan dan konsep sosial ini merupakan cawangan ke-111 Affin Bank. Ini adalah langkah untuk menjadikan Affin sebagai bank pilihan destinasi mereka.

Bagi meraikan kerjasama ini, Tealive menawarkan potongan harga 20% untuk pemegang kad Affin Bank ketika mereka membeli dari cawangan ini. Selain itu, kakitangan dan pelajar UiTM juga akan mendapat potongan 10%. Kedua-dua tawaran akan berlangsung sepanjang 2021 ini.