Meskipun kebenaran operasi lanjutan perniagaan, majlis berbuka puasa dan aktiviti agama kini dibenarkan ketika sambutan Ramadan pada tahun ini.
Namun ia perlulah menerapkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.
Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan situasi semasa kini secara jelasnya menunjukkan ketidakstabilan pada penularan kes COVID-19 sedang berlaku. Ini antara sebab mengapa perjalanan rentas negeri masih tidak dibenarkan.
Selain itu, sekiranya pematuhan SOP ini gagal dilakukan maka kadar penerimaan gelombang keempat COVID-19 berkemungkinan akan berlaku.
Untuk mengatasi jangkaan tersebut – semua pihak perlu melaksanakan pematuhan garis panduan yang tinggi. Tidak hanya orang awam – namun seluruh rakyat Malaysia.