Artikel

Majlis Berbuka Puasa, Aktiviti Agama Kini Dibenarkan – DS Ismail Sabri

Pada sidang hari ini Majlis Keselamatan Negara (MKN), kini majlis berbuka puasa dibenarkan – namun perlulah tertakluk kepada prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan.

Ini merangkumi penglibatan hanya 50% kapasiti sesebuah kawasan, manakala kaunter pendaftaran perlu disediakan – bagi menjamin kemasukan setiap orang awam.

Manakala bahagian makanan perlu diperbanyakkan supaya tidak menyebabkan kesesakan para pengguna. Malah setiap pengambilan makanan perlu dilakukan oleh pekerja makanan.

Pematuhan SOP yang ketat perlu dilaksanakan, ini kerana menurut Dato’ Sri Ismail Sabri Menteri Kanan (Keselamatan) data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan sekiranya ia gagal dipatuhi ini akan mengundang gelombang keempat COVID-19 kepada Malaysia.