Artikel

Rentas Negeri Masih Tidak Dibenarkan, Manakala 6 Negeri Masih Kekal PKPB Sehingga 28 April 2021

Berdasarkan situasi semasa menerusi penilaian risiko – secara keseluruhannya KKM mengesahkan trend ketika ini adalah tidak stabil.

Pemantauan status kes harian COVID-19 bagi setiap negeri menunjukkan dinamik penurunan naik.

Oleh itu, Majlis Keselamatan Negara kini mengesahkan 6 Negeri masih dikekalkan PKPB – Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.

Manakala 10 negeri lain pula dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Untuk makluman, penguatkuasaan ini akan dilakukan mulai 15 April hingga 28 April 2021. Hanya Sarawak sahaja mula berkuat kuasa pada 13 April ini. Bagaimanapun, sehingga kini perjalanan rentas negeri masih tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa.