Pengedaran spektrum 5G negara di bawah Digital Nasional Bhd – Syarikat Bertujuan Khas (SPV) kini dilaporkan mulai mengundang 8 buah syarikat untuk tender pembangunan infrastruktur 5G.
Entiti yang terlibat adalah Samsung, Huawei, ZTE, NEC, Nokia, Ericsson, FiberHome dan Cisco. Syarikat ini telah diundang untuk mengemukakan tender mereka.
Antara faktor yang akan diperincikan adalah berhubung keupayaan teknologi, kecekapan bahagian teknikal dan keupayaan sokongan dalam penyertaan vendor tempatan.
Berdasarkan laporan TheEdge – mana-mana penyertaan syarikat telekomunikasi tempatan pada pembangunan ini akan disemak dengan teliti bagi setiap peringkat melibatkan proses penyeliaan.
Setakat ini pembangunan tersebut akan disasarkan menjelang akhir tahun ini pada Putrajaya, Cyberjaya serta beberapa kawasan lain di Kuala Lumpur.
Meskipun tiada sebarang makluman lanjut – dijangka proses tender tersebut akan diselesaikan pada pertengahan tahun ini.