Perkhidmatan Tren Diesel Multiple Unit (DMU) di stesen Pasir Mas, Kelantan kini telah dilancarkan bagi laluan Tumpat-Kuala Lipis.
Pelancaran itu telah dilakukan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang memperlihatkn perkhidmatan tersebut menggantikan tren diesel konvensional KTM Intercity pada jajaran Pantai Timur.
Menurut Datuk Seri Wee Ka Siong tren tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan ruang solat, penyimpanan barangan, soket kuasa serta lebih mesra pengguna termasuklah untuk pengguna OKU. Adannya pelancaran ini, kegiatan sosio-ekonomi dan pelancongan Pantai Timur akan lebih meningkat.
Bagi meraikan pelancaran tersebut, para pengguna boleh mendaftar perolehan pas perjalanan iaitu MyRail5 – di mana para pelajar dan pengguna OKU boleh menikmati tambang serendah RM5 selama sebulan melalui pas tersebut.