Ternyata di kala ekonomi negara mulai rancak ke arah pemulihan, sektor ekonomi gig seperti perkhidmatan penghantaran makanan pula dilihat semakin suram. Kenyataan ini turut diperakui oleh industri apabila penurunan melibatkan ketersediaan perkhidmatan tersebut merundum sekitar 85%.
Menurut laporan FMT minggu lalu, Pengasas Dego Ride – Nabil Fiesal mengatakan penurunan tersebut telah berlaku sejak sebulan yang lalu. Ini didorong oleh pembukaan operasi syarikat – yang berkemungkinan menyebabkan para penghantar makanan mula kembali ke pekerjaan asal mereka.
Selain itu, faktor pengeluaran i-Sinar KWSP juga turut mempengaruhi penhantar makanan, apabila seglintir pihak menjadikan ia sebagai modal permulaan untuk menjalankan perniagaan.
Tidak hanya itu, segelintir penghantar makanan juga adalah dalam kalangan golongan pelajar – maka pembukaan dan kemasukan ke pusat pengajian tinggi juga telah menyebabkan mereka memilih untuk berhenti.
Situasi ini pada pelaporan turut disokong Ketua Logistik Foodpanda Malaysia – Shubham Saran di mana kawasan Lembah Klang sejak kebelakangan ini turut memaparkan penurunan jumlah penghantar makanan.
Menyedari hakikat itu – antara kerisauan yang timbul adalah operasi ketika Ramadan pada bulan ini. Ia kerana setiap entiti penghantaran makanan ingin memastikan, rakan penghantar makanan dapat melaksanakan tugasan mereka di samping berbuka pada tepat waktunya.
Pada masa yang sama, fokus untuk meningkatkan kembali penglibatan penghantar makanan sedang dilakukan bagi memberi jaminan segala pesanan pelanggan dapat dipenuhi.