Artikel

AirAsia Digital Dilaporkan Rancang Untuk Mengumpulkan Dana Sebanyak $300 Juta

AirAsia Group sedia menekankan kepada perniagaan digital mereka sejak daripada tahun lepas, dan telah hadir dengan beberapa penawaran dibawah aplikasi AirAsia, selain beberapa perkhidmmatan lain.

Terbaru, menurut Bloomberg, AirAsia sedang mengumpulkan dana sebanyak $300 juta dalam usaha terus memperkembangkan perniagaan AirAsia Digital.

Pada hari ini, AirAsia Digital sedia memfokuskan usaha dalam menjadi Super App. Aplikasi tersebut sedia menawarkan ciri membeli-belah, membuat tempahan makanan, dan dijangka diperluaskan untuk menyertakan tempahan perkhidmatan seru-pandu pada bulan ini.

Suntikan dana pelaburan baharu ini dijangka akan memperluaskan penawaran perkhidmatan ke sejumlah lokasi baharu, mempercepatkan usaha pemasaran, selain melakukan pelbagai inovasi baharu dibawah label AirAsia Digital.

Buat masa ini, pihak AirAsia dilaporkan tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini.