Artikel

Setelah Sabah – Kini Kelantan Pula Membatalkan Operasi Bazar Ramadan

Jika sebelum ini Sabah mengumumkan pembatalan Bazar Ramadan, kini negeri Kelantan turut melakukan tindakan yang sama – berikutan peningkatan kes positif COVID-19.

Menurut Dr Izani Husin – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, tindakan itu adalah inisiatif kerajaan negeri untuk membendung penularan yang lebih besar dari berlaku.

Kenyataan ini telah dikongsikan pada laman rasmi Facebooknya paa hari ini (11 April).

Untuk makluman, Kelantan antara negeri mengesan kluster baharu bagi kategori Tempat Kerja. Setakat ini, negeri itu juga turut tampil selaku negeri ketiga yang tertinggi mencatatkan peningkatan kes, semalam (10 April) pada kitaran 171 kes positif tambahan telah dicatatkan.